I made this widget at MyFlashFetish.com.

bersabarlah sahabatku




Assalamualaikum sahabat ketahuilah bahawa jika saat ini kamu rasa resah.... kamu rasa buntu.. kamu rasa duka...............
Dengarkan aku sekalian muslim,....... hayatinya............ :
ALLAH tahu.. ALLAH tahu hatimu sakit.. ALLAH tahu kamu kecewa.. ALLAH tahu kamu berduka.. ALLAH mengira setiap titis air matamu.. ALLAH mendengar setiap rintihan doamu.. ALLAH menyaksikan segalanya di hari2 kamu.. ALLAH tahu..........
namun kenapa kamu?? kenapa dalam berjuta manusia malah lebih dri itu dmuka bumi ini, kamu yang harus menghadapinya?? kenapa kamu??
kerana kamu telah dipilih oleh ALLAH untuk menghadapinya.... kerana apa??? kerana ALLAH TAHU..... HANYA KAMU yang KUAT untuk menghadapinya..
ALLAH percayakan kamu.. ALLAH ingin menarik kamu dekat,...dan dekat dengannya... kerana DIA TAHU,... dengan HATI yang seperti HATI KAMU DI SAAT ITU, kamu akan semakin dekat dengannya.. semakin mengingatinya..... dan semakin mencintainya.... PERCAYAKAN ALLAH... nescaya hatimu akan sentiasa tenang................ dengan izin ALLAH..

Panggilan ILLAHI



Assalamualaikum...
Allah Swt hanya memanggil kita 3 kali sahaja seumur hidup :-

❀ Panggilan pertama adalah ketika AZAN ❀
Itu adalah panggilan Allah Swt yang pertama..Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita,sangat kuat terdengar..Ketika kita solat,sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah Swt
ツ

❀ Panggilan yang kedua adalah Panggilan UMRAH / HAJI ❀
Panggilan ini bersifat halus..Allah Swt memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’..

Hamba yang satu mendapat peluang yang berbeza dengan hamba yang lain,jalannya bermacam-macam..Yang tidak mempunyai wang jadi mempunyai wang,yang tidak merancang ternyata akan pergi,ada yang memang merancang dan terkabul perancangannya
ツ

❀ Panggilan ketiga,adalah KEMATIAN ❀
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita..Pada kebanyakannya,Allah Swt tidak memberikan tanda-tanda secara langsung,dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan..Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh..Kerana itu,manfaatkan waktumu sebaik-baiknya
ツ
~

ujian dari NYA



Assalamualaikum....
Duka, gundah dan derita itu tidak diminta... Bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah swt daripada semuanya... Namun, seperti mana penyakit, ia hadir ke dalam kehidupan seseorang melalui pelbagai jalan... Kita tidak mencari penyakit, tetapi jika ia datang juga, kita akan sabar dengan mengharapkan pahala dan keampunan Allah swt. Walaupun penyakit itu tidak digemari, tetapi betapa ramai insan yang menghampirkan diri kepada Allah swt kerana penyakit yang menimpanya... Lalu, dia akan berkata pada suatu hari “alangkah rahmatnya ujian kesakitan itu”

Imam Ahmad Menangis



Assalamualaikum, sahabat, ana nak kongsikan 1 video iaitu video syair yang membuatkan Imam Ahmad menangis.. Bukan kerana menangis macam kita sekarang, yang sanggup mengalirkan air mata semata2 kerana filem atau drama yg kita tengok, tapi Imam Ahmad mengalirkan air mata nya kerana ALLAH.. Adakah kita juga menangis apabila melihat video ini.. sama sama muhasabah J

7 Jenis Mayat Dalam Kubur



Assalamualaikum… daripadaNYA kita diciptakan dan daripadaNYA jualah kita semua dikembalikan..
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Marilah kita mengerjakan apa yang disuruh,dan tinggalkan apa yang dilarang..

Layakkah Aku ?




Assalamualaikum....
“Aku selalu menegur, tapi begitu pantang ditegur.

Aku selalu menasihati, tapi begitu payah untuk dinasihati.
Aku banyak berdosa, tapi jarang benar mengingatkan dosa.
Aku banyak melakukan maksiat, tapi masih diriku suka pada kemaksiatan.
Aku bencikan penipu, tapi aku juga adalah seorang penipu.
Aku bencikan musuh Islam, tapi aku jugalah yang merosakkan Islam.
Aku acapkali menangis, tapi tangisanku itu hanyalah kepura-puraan.
Aku acapkali melaungkan kebaikan, tapi aku sendiri tidak mengikutinya.”

Aku mungkin nampak mulia di hadapan mata manusia, tapi akulah yang terpaling hina di hadapan Allah.......ya ALLAH ampuni aku ya ALLAH