I made this widget at MyFlashFetish.com.

‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT


Assalamualaikum shbt, hari ni ana nk kongsikan ilmu tntg 11 orang yg didoakan oleh para malaikat.. Yang dah taw tu Alhamdulillah, dan yg x taw lagi x pe.. mai kita bce dan renungkan sme2..
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci..
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat..
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah..
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)..
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah..
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat..
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah..
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan..
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)..
10. Orang yang sedang makan sahur..
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
____Wallahua’lam____

bersyukurlah



Assalamualaikum sahabat, jom kita cakap tentang nikmat2..Sering kali kita lupa untuk bersyukur pada yang Maha Esa. Banyak perkara yang sepatutnya kita syukuri, tapi kita lupa. Disaat kita mengeluh kerana makanan yang kita makan tidak seperti yang kita inginkan. Tetapi sedarkah kita bahawa ada insan lain yang hanya mengalas perut dengan secawan air kosong.Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Ingat janji Allah SWT, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu.Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.Fabiayyi Alaai Rabbikuma Tukazziban

Jangan MerendahkanSeseorang


Assalamualaikum sahabat, ana nak kongsi 1 cerita yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua
Seorang budak lelaki kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi ilmunya yang merupakan anak imam masjid ..... Satu hari budak itu melamar gadis itu. Kemudian gadis itu berkata, "Dengar sini! Ilmu awak cuma setakat darjah enam ialah berbanding saya pelajar Univeristi Al Azhar.... ...... ...

Macam mana saya nak terima awak? Bagaimana awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak? Saya tidak akan menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang ... Jadi, lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak. " Tetapi entah bagaimana budak lelaki itu tidak dapat melupakannya begitu mudah. 10 tahun kemudian.

Satu hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz. Gadis itu berkata, "Assalamu'alaikum wbt! Awak! Apa khabar? Sekarang saya berkahwin. Adakah awak tahu siapa suami saya? Suami saya adalah lepasan Al Azhar Awak boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh. " Mata lelaki itu dapat basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu.

Setelah beberapa minit suaminya datang sebelum gadis itu boleh mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya mula berkata apabila melihat lelaki itu. "Tuan Syeikh! Anta di sini? kenalkan isteri ana." Kemudian dia berkata kepada isteri beliau, "Ana amat terhutang budi kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama kepada ana....Kalaulah tanpa tuan..... Dan ingin tahu satu fakta? Tuan syeikh mencintai seorang gadis tetapi dia tidak dapat perempuan itu. Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin. Sungguh bertuah gadis itu dihatinya, bukan?....

Moral dari cerita ini.... Hidup tidak begitu singkat. Jadi, jangan berbangga dengan diri sendiri dan memperbodohkan orang lain. Situasi boleh berubah dengan masa. Setiap orang harus menghargai cinta..yang paling penting cinta Ilahi ... hargailah semoga kamu dicintai oleh semua ya ..... Jangan menyesal di kemudian hari.. jangan menghina orang lain kerana Allah sentiasa melindungi hamba2 yang disayangiNya iaitu wali2 Allah .... semoga menjadi iktibar kepada kita semua ....~

istimewanya kamu HAWA

Assalamualaikum kadang2 kita selalu tengok wanita mengalirkan air mata diakan…ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
... KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh "orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA"


jawapan dari ADAM



Assalamualaikum wahai sahabat muslimahku...
Satu jawapan dari adam : Seorang perempuan yang TERTUTUP SEMPURNA auratnya LEBIH BERNILAI dan LEBIH BERMARUAH di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup..
Satu jawapan dari adam : Kecantikan seorang wanita yang MENJAGA AURATNYA dari dipandang lelaki yang BUKAN HALAL baginya adalah LEBIH MAHAL dari dunia dan segala isinya..
Satu jawapan dari adam : Kecantikan si berbaju kurung yang bertudung TIDAK AKAN DAPAT DITANDINGI oleh yang lain..cantik, cun, ayu, dan sopan..

>>> ISLAM membenarkan FESYEN tapi islam juga melarang TABARRUJ..Allah tidak suka pada mereka yang berlebih-lebihan..kamu TAHU BUKAN? Jadi bersederhanalah..

p/s : Sepantas mana pun kamu LARI untuk MENGEJAR KEPUASAN dirimu, kamu tidak akan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang SEBENAR berada di antara kamu dengan Penciptamu, ALLAH SWT..
♥♥

kau HAWA



Assalamualaikum duhai yang bergelar wanita muslimah
Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..♥♥

Jika Esok....


Assalamualaikum sahabat
Jika esok hari terakhirku,

sudah tentulah aku sujud sembah kepada Illahi tanpa menghiraukan realiti
Jika esok hari terakhirku,
maka sejadah ini akan basah dengan tangisan taubat nasuhaku
Jika esok hari terakhirku,
mulut ini akan tidak berhenti walau sesaat mengucapkan zikir kepadaMu
Jika esok hari terakhirku,
akan ku gapai motosikal burukku, meminta ampun kepada sahabatku
Jika esok hari terakhirku,
ramadhan terakhirku pasti penuh terisi dengan ibadat kepadaMu
Jika esok hari terakhirku,
tiada lagi cela,umpat,hina,cacian dan kejian dari mulut dan hatiku
Jika esok hari terakhirku,
nafsu batin kan ku kunci demi untuk menghadapiMu
Jika esok hari terakhirku,
mata ini tiada lagi melihat maksiat duniawi, tiada lagi indahnya dewi
Jika esok hari terakhirku,
akan ku balut tubuh badanku dari ditatapi bukan mahramku
Jika esok hari terakhirku,
tempatkanlah aku di kalangan pejuangmu
Tetapi, hanyalah
Jika esok hari terakhirku..